...In The Name of ALLAH...
100% petikan from someone's blog...read it and ponder... Dapat kita lihat dari permasalahan ini bahawa konteks menutup aurat ini harus dilihat dengan kadar yang lebih luas seperti yang telahpun dibahaskan oleh para ulama’ tentang batasan aurat dan pakaian muslimah yang seharusnya melambangkan ciri peribadi seorang muslimah sejati.Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.Oleh yang demikian,marilah kita melihat beberapa gelaran jenis tudung yang boleh kita lihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan.:-

1.Tudung Mickey Mouse
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
3.Tudung See Through
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
4.Tudung Jambul
-Pemakiaan jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. 5.Tudung Singlet
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukumtentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
6.Tudung Saji
-Sekajap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher .Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna yang boleh kita lihat di kalangan muslimah yang perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232) Selain itu ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah.Mereka yang berseluar sedikit sebanyak merasakan kain tudung yang menutup dada tidak padan sehingga terpaksa melilitkan tudung mereka supaya ia nampak padan dan cantik dikenakan dengan seluar panjang tersebut sedangkan ia hanyalah pandangan mata kasar mereka yang dikaburi syaitan.Pemakain seluar ini bukan sahaja menyerupai kaum lelaki tetapi ia juga menyerupai wanita bukan Islam dalam berpakaiaan.
Wujud juga muslimah yang keluar daripada bilik atau rumah mereka dengan mengenakan wangi-wangian yang berlebihan sehingga dapat menarik perhatian orang ramai terutamanya lelaki sedangkan larangan dalam hal ini telahpun jelas.
Dari Abu Musa Al-Asyari bahwasannya ia berkata : Rasulullah bersabda : “Siapapun wanita yang memakai wewangian, lalu ia melewati kaum laki-laki agar mereka mendapatkan baunya, maka ia adalah pezina.”
(Al-Hakim II/396 dan disepakati oleh Adz-Dzahabi).
Lihatlah betapa kerasnya ancaman dari baginda s.a.w dalam hal ini,jika amaran tegas dari baginda s.a.w menegah pemakaian wangi-wangian oleh muslimah apabila ingin ke masjid apetah lagi jika keluar dari rumah atas sebab lain yang menyebabkan terpaksa melewati yang bukan mahram.Jika persoalan timbul di kalangan muslimah bau wangian yg tidak keterlaluan, dibenarkan atau tidak.Hendaklah kita merujuk semula kepada hadith-hadith yang berkaitan dengannya.Saya tidak menafikan banyak hadith-hadith menunujukkan petunjuk yang jelas bahawa baginda s.a.w sendiri sukakan wangi-wangian antaranya ialah:-
“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)
Tetapi perlulah diketahui bahawa hadith di atas adalah terlalu umum untuk dibandingkan hadith-hadith yang khusus menyatakan muslimah tidak sepaptunya keluar dengan memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahram.
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Daripada hadith di atas jelas jika pergi ke masjid pun telah dilarang memakai wangi-wangi apetah lagi keluar berjalan-jalan dan sebagainya.Contohnya di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yakni arahan dari Allah S.W.T bahawa kita dilarang menyebut ‘ah’ pada kedua ibu bapa maka maksud lainnya ialah apetah lagi jika kita memarahi atau memukul kedua ibu bapa.Maka larangan memukul atau memarahi parents adalah lebih keras.Begitu juga dengan contoh di atas.Sememangnya ia satu hokum yang agak berat dirasakan muslimah kini tetapi perlaksanaannya memerlukan ketaqwaan yang jelas dalam mengikuti perintah Allah dan Rasul s.a.w.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Larangan iniu tidaklah hanya diaplikasi kepada kaum muslimah sahaja hatta kaum muslimin yang memakai wangi-wangian yang boleh menyebabakn orang ramai tertarik dengannya juga mendapat ancaman yang sam daripada hadith-hadith di atas kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan fitnah.
Bagi pemakaian deodorant atau bedak ia mestilah dibezakan dengan jelas tentang pemakain ketiga-tiga jenis tersebut baik wangi-wangian (perfume), deodorant, dan bedak.Ketiga-tiga mekanisma ini memainkan peranan yang berbeza.Deodorant boleh diklasifikasikan sebagai “ubat” yang menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan sehingga membuatkan seseorang itu rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai..Maka jika ini tujuan si pemakai maka ia adalah dibenarkan.Begitu juga dengan penggunaan bedak, bau bedak adalah tidak kekal dan ia sekadar untuk sementara..Tetapi,jika bau bedak atau deodorant tersebut kekal lama maka ianya tiada beza dengan wangi-wangian(perfume) justeru ia adalah dilarang kerana ia membawa kepada hukum asal pemakaian wangi-wangian tersebut.Kita perlu lihat kepada tujuan asal hukum tersebut yakni,pemakaian wangi-wangian adalah untuk mencegah dari menarik perhatian bukan mahram sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.Fitnah yang akan menyebabkan diri si pemakai dilihat dari bawah hingga ke hujung kepala dan kemudian berlakunya satu transformasi dalam adrenalin mereka yang menghidunya.Maka sesungguhnya Islam melarang sesuatu itu bersebab dan demi kebaikan semua pihak.

Akhir kata,Islam telahpun menetapkan etika berpakaian dan konsep menutup aurat dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan dan untuk membezakan antara ummat Islam dan yang bukan Islam. Pemikiran yang disuntik dengan anasir-anasir dari musuh Islam ini sedikit sebanyak menghakis imej Islam yang sebenar dalam cara berpakaian.Tidak kira seorang muslimah itu bertuudng labuh atau tiga segi,selagi ia menepati maksud ayat “dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya” maka ia tidaklah menjadi persoalan besar.Apa yang perlu difikirkan ialah berkenaan pemahaman konsep menutup aurat yang disalah fahami kebanyakan muslimah hari ini sehinggakan penutupan aurat tersebut menjadi tidak sempurna.Apakah tujuan asal pakaian tersebut?Adakah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan menurut perintahNya atau untuk mencari lirikan mata masyarakat yang hanya bersifat sementara?Renung-renungkanlah.
Wallhua’lam.
Ibn Yusof
24 Ogos 2007 / 6 Sya’ban 1428
2:15 a.m
ibnyusof.blogspot.com
Comments (0)